RSS

TEMPAT MENARIK DAN WAJIB KUNJUNGI BILA DATANG KE KUALA TERENGGANU-RUJUKAN UNTUK GUEST HOMESTAY DHARMONY







Tempat menarik WAJIB anda kunjungi bila datang ke 

kuala terengganu


(untuk rujukan guest dharmony homestay)

Ψ§Ω„Ψ³َّΩ„Ψ§َΩ…ُ ΨΉَΩ„َيْΩƒُΩ…ْ وَΨ±َΨ­ْΩ…َΨ©ُ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ِ وَΨ¨َΨ±َΩƒَΨ§ΨͺُΩ‡ُ

Negeri Terengganu sebenarnya banyak tempat-tempat menarik terutamanya yang famous ialah pulau-pulau yang cantik malah mempunyai kebudayaan yang menarik. Jika datang ke terengganu wajib shoping kain sutera dan juga kain songket yang mana cara penghasilan sangat halus buatannya. Ok jom kita lihat tempat menarik yang anda perlu jejaki bila datang ke kuala terengganu.

1. Muzium Negeri Terengganu (Muzium Losong)

Datang bercuti ke Kuala Terengganu, jangan lupa berkunjung ke Muzium Negeri Terengganu yang  terletak di kampung Losong. Muzium ini merupakan muzium terbesar di Malaysia. selain menyelongkar artifak bersejarah anda juga boleh bergambar di kawasan muzium. 













Banyak view yang cantik sekitar Muzium Negeri Terengganu. Tak rugi tau anda buat outdoor photoshoot dekat sini. Seriously! Boleh bergambar latar belakang rumah lama, kapal besar, rumput yang menghijau & background pintu gerbang muzium yang sangat cantik itu.

Tiket masuk ke Muzium Negeri Terengganu,

Warganegara Malaysia
Dewasa : RM5.00
Kanak-kanak (7-15 tahun) : RM2.00
Kanak-Kanak sekolah (pakaian seragam) : RM1.00
Kanak-kanak dibawah umur 7 tahun : PERCUMA

Bukan Warganegara
Dewasa : RM15.00
Kanak-Kanak : RM10.00

Waktu Operasi

Sabtu hingga Khamis (9.00 am- 5.00 pm)
Jumaat (9.00 am- 12.00 pm, dibuka semula pada jam 3.00 pm - 5.00 pm)
Hari Kelepasan Am (9.00 am- 5.00 pm)
Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha (ditutup pada Hari Raya Pertama & Kedua sahaja)
Antara galeri yang terdapat di dalam Muzium Negeri Terengganu ialah Galeri Tekstil, Diraja, Islam, Kraf, Petronas, Sejarah, Sumber Alam,  Pelayaran & Perikanan. Selamat menelaah ye semua. 

2. Taman Tamadun Islam (TTI)


Selepas berkunjung ke Muzium Negeri Terengganu, singgahlah pulak ke TTI. Biasanya orang datang sini nak masuk dalam Monumen Park yang memuatkan kira-kira 22 monumen islam yang terkenal & unik dari 21 negara Asia, European and African. Best tau masuk lihat sendiri monomen masjid yang dibina di dalam taman tamadum islam ni..meh saya belanja gambar kat anda semua ye..hihihi












Tiket Masuk Ke TTI Monumen Park
Adults : RM21.20
Senior Citizen (60 years & above) : RM15.90
Children (7-12 years) : RM15.90
Children (6 & below) : FOC (accompanied by parents)
 Waktu Operasi
Isnin – Khamis (dari 10.00 am-7.00 pm)
Jumaat, Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah & Cuti Umum Terpilih (dari 9.00 am-7.00 pm)
 Tarikan Baharu 2016 di TTI
- Crystal Cruise 2
- Light & Sound
- Terengganu RiverRide

3. Masjid Kristal


Masjid yang paling terkenal di Kuala Terengganu. Seni binaannya yang cantik & unik membuatkan ramai pengunjung datang kesini untuk bergambar. Masjid Kristal terletak besebelahan TTI je pun. jadi selepas masuk TTI, anda boleh singgah solat berjemaah dulu di Masjid Kristal. jika rasa lapar anda boleh ke cafe Masjid Kristal pekena aiskrim sambil menikmati pemandangan di pesisiran pantai.
kreadit foto: gambar yang di hantar kepada kami..terima kasih guest lina kerana sudi memberi feedback yang positif..semoga bertemu lagi bila datang ke kuala terengganu ya..

4. Pasar Besar Kedai Payang


Kalau nak beli buah tangan dari Kuala Terengganu, anda boleh shopping di Pasar Payang. Macam-macam barangan yang dijual disini. Antaranya makanan popular di Terengganu seperti dodol, keropok, telur penyu, buah-buahan tempatan, pakaian, kain songket, dan macam-macam lagi.

5. Kampung Cina (China Town)


Dah puas shopping, anda boleh pula walk in sahaja ke Kampung Cina kerana ianya bersebelahan sahaja dengan pasar payang. Menariknya di Kampung Cina ini ialah terdapat street art di sepanjang laluan and di beberapa bangunan berhampiran Kampung Cina. anda yang suka bergambar, bolehlah datang ke sini bergambar dengan keunikan street art yang terdapat di Kampung Cina pula.
Kalau nak datang sini, better datang siang hari lah. Petang dah okey. Kalau datang malam memang tak berapa nampak sangatlah street art. Gambar pun confirm tak cantik sebab kurang pencahayaan kan.hihih..saya ni memang suka bergambar sikit maaf lah ye gambar saya ni tak berapa nak kreatif sangat..hihihi..nah hasil tangkapan petang kat kg cina..





6. Pulau Warisan (I City Terengganu)


Puas bergambar sakan di China Town, anda singgah pula di Pulau Warisan yang terletak bersebelahan Kampung Cina sahaja. Pulau Warisan merupakan pulau buatan. Kalau nak datang sini, better datang waktu malam sebab boleh tengok view yang cantik dekat sini. Ada pokok i-city sepanjang pulau.







7.Pantai Airport (Pantai Teluk Ketapang)


Selain Pantai Batu Buruk, Pantai Airport pun antara pantai favourite saya. Memang tak miss datang lepak sini bila balik kampung. Banyak aktiviti yang best boleh dilakukan di Pantai Airport. Contohnya naik kereta kuda, menunggang kuda, main layang-layang and etc. Nak tengok flight mendarat pun boleh dekat sini tau sebab Pantai Airport ni betul-betul bersebelahan Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Terengganu.
Tempat makan best yang menjual seafood celup tepung pun banyak dekat sini. Makanan bergoreng, jagung bakar, sate ikan semua adalah dekat sini.




pantai teluk ketapang ni bersebelahan sahaja dengan pantai tok jembal..jadinya tak jauhlah dari homestay dharmony kira-kira 4 minit sahaja dengan naiki kereta anda.


8. Pantai Tok Jembal (yeyey..pantai ni sebelah sahaja dengan homestay dharmony tau!!)


Bila anda dah puas pusin-pusing naik kereta kuda di Pantai Airport, apa kata anda merasai pula pengalaman mandi pantai di Pantai Tok Jembal. Tak jauh pun Pantai Airport ke Pantai Tok Jembal. anda lalu je sepanjang pagar Airport, kemudian nanti jumpa jalan kecil sebelah kanan ( yang banyak pokok rhu tu). Kemudian pergi straight je. Akan sampai la ke Pantai Tok Jembal. Kalau tak confident, tanya jela orang. Mulut mana mulut? haha!
Kelebihan Pantai Tok Jembal berbanding Pantai lain di Kuala Terengganu sebab dekat sini boleh mandi. Pantai lain jangan harap la korang nak mandi bagai. Dekat sini in sha Allah selamat. View dia pun sangat cantik sungguh kita kata nie dok pelawok. Pernah beberapa kali jugak datang mandi dekat sini. (kreadit blog:hafizhafizul)

gambar ni pertengahan bulan 2016.

9.TamanPanorama/Bukit Panorama

Bagi mereka yang nak ambik gambar seluruh bandar kuala terengganu. moleklah kiranya anda datang ke taman panorama ni..selain dapat ambik gambar view yang cantik di atas bukit panorama ni anda boleh juga order makanan western foodkat cafe panorama ni..saya dah sampai dah kat sini..makanan pun sedap jugak..meh jamu mata jap..hihihi..








10.Bukit Puteri Kuala Terengganu
Bukit puteri ni terletak dekat sahaja dengan pasar payang. sebenarnya bukit puteri ni ada story mistik sikit dulu-dulu lah..hihihi..aruwah tok yang kami ada ceritakan asal usul bukit puteri ni dulu..memg ada tuan puteri tau kat bukit puteri ni dulu..hihihi..ni cerita daripada aruwah tok yang kami lah..

'BUKIT Puteri yang terletak berhampiran Taman Shahbandar di Kuala Terengganu mempunyai kisah yang tersendiri antaranya ialah ada yang menyatakan bukit itu adalah tempat tinggal kerajaan puteri bunian yang menjadi tempat penduduk meminjamkan peralatan untuk mengadakan jamuan ataupun kenduri antaranya ialah sudu, pisau dan pinggang mangkok.

Bagaimanapun puteri bunian itu meninggalkan Bukit Puteri kerana ada pihak yang memimjamkan barangan itu tetapi tidak memulangkan semula menyebabkan puteri bunian itu merajuk dan mencari tempat lain untuk meneruskan kehidupannya membantu menusia dan selepas itu Bukit Puteri tidak lagi menjadi tumpuan orang ramai pada masa itu.

Selain itu, menurut sejarah, bukit itu dibuka oleh puak dari Johor yang bernama Tuk Raja Menteri. Beliau datang ke Terengganu untuk menabalkan Sultan Zainal Abidin I sebagai Sultan Terengganu yang pertama Monument sejarah serta bahan-bahan artifak yang ditemui termasuklah Genta ( sebiji loceng besar), Meriam Beranak ( sejenis meriam), rumah api lama, dan tanah perkuburan lama
'
(kreadit teks:aminudin ismail)












Kemudahan Letak Kereta
(Di hadapan halaman rumah berpagar)

2 BUAH KERETA


KADAR SEWAAN SEBUAH RUMAH

HARI BIASA (ISNIN-KHAMIS) : RM200
(bergantung pada jumlah tetamu)
HARI MINGGU (JUMAAT-AHAD)/PUBLIC HOLIDAYS/SCHOOL HOLIDAYS: RM220
HARGA ISTIMEWA BILA MENGINAP LEBIH 3 MALAM KE ATAS TAU!!

Waktu Check-in   :   2.30 petang            Waktu Checkout : 12.00 tengahari

(Waktu Check-in dan check-out boleh di runding sekiranya tiada tempahan pada hari sebelum dan berikutnya)

Terma & Syarat:

Untuk mengelakkan sebarang kesulitan dan memastikan tempahan dapat di sahkan, tetamu dinasihatkan supaya membayar pendahuluan (tidak dikembalikan) sekurang-kurangnya RM50  untuk LOCK tarikh dalam masa 24 jam selepas tempahan dibuat.  Nombor akaun bank akan di hantar melalui WHATSAAP.

URUSAN TEMPAHAN MESTILAH DILAKUKAN SELEWAT-LEWATNYA 1 HARI SEBELUM CHECK IN UNTUK MENJAGA KESELAMATAN HOMESTAY KAMI.

Hanya tempahan dari tetamu yang telah membayar pendahuluan dianggap "confirmed".





TERIMA KASIH KERANA MEMILIH HOMESTAY DHARMONY PANTAI TOK JEMBAL,KUALA TERENGGANU

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0